Showing posts with label JANUARY 2007. Show all posts
Showing posts with label JANUARY 2007. Show all posts

15.9.08

RUANG

teroka seluruh alam
tak jumpa
terangkan jiwa kelam
tak bisa
tenangkan rasa bergelora
gagal
titip doa ke atas
tak sampai

mana ruang
mana bantuan
adakah terlalu hina
kenapa memilih hamba

nafas sesak
walau udara tak pernah lokek
rasa terpijak
walau kebaikan tak pernah berbalik

bukan mengeluh
berpeluk tubuh
nyata dibuang
melayang-layang

remuknya takkan dapat diketuk
maaf takkan terlepas masuk
tergantung
tanpa penghujung
walau luas ruang
sempitnya fikiran
kedekutnya pengertian
kikirnya pengetahuan

lemas
mati
takkan terbayar puas
rugi

SEMPENA HARI JUMAAT

tiada salam akhir
tiada batu berukir
dia pergi serang diri
tinggalkan segala jadi
usianya telah tetap
walau syahdu jiwa meratap
tiada pesan akan kembali
tiada janji akan ditemani

beban kini tiada lagi
segalanya lepas pergi
dia di awangan
takkan ada penyesalan
jiwanya murni
cintanya tersembunyi
guris dipendam
dirahsia dari alam

jalannya panjang
jauh walau tak terhalang
kelananya berseorangan
tiada yang menghulur pedoman
giliran kita tak tahu bila
bukan kita mengira masa
waktu tetap akan membisu
sampai kita jumpa di situ

TAKKAN SULING

bingkas saja geraknya
mengejar ganjaran dunia
tatkala kesenangan memanggil
taatnya sehingga menggigil
kebaikannya dipuji
ketulusan tak belah bahagi
tiada yang tak sempurna
namun dia lupa

orang tuanya merindu
berteduh di pondok kayu
ranap anak tangganya
bumbung sekadar ada
makan pakai ihsan tetangga
anak-anak entah di mana berkelana
tiada yang menjenguk
entah dah dilupa entah merajuk
jelas rasa di kalbu
kini tidak sebahagia dahulu

ibunya uzur
seusia tanah yang hancur
ayahnya pula merenung jauh
melihat hari depan yang keruh
apalah nasib dia
anak dididik hingga berjaya
berbakul janji dibuat
satu pun tak tersurat
lelah dirinya hampa
ingin saja diturun bala

aduhai anak
adakah sudah tertolak
aib sungguhkah rasa
punya ibu dan bapa
yang hidup sebatang kara
di dunia yang sama

aduhai anak
adakah sudah riak
dengan rezeki Ilahi
sampai lupa asal diri
lupa tangan yang menyuap
lupa kasih yang megusap
tak tertanggung hampa
bagai terpenggal kepala
dihukum tanpa rela
jelas bukan alpa

kembalilah
pondok kayu inilah rumah
tiada yang melarang perjuangan mu
tiada yang menyekat pintu rezeki mu
kami juga hambaNya
namun kamu zuriat kita
kerna kami kamu melihat dunia
kerna kami kamu berjaya
walau habis dibongkar maksud
takkan suling laku walaupun zuhud

THE POSSIBILITIES OF ENTAH II

entah suci entah terbajak
entah elok entah luak
entah dipotong entah dikoyak
entah terawang entah bertapak

entah tolol entah bijak
entah aman tentah bergolak
entah tulen entah diselak
entah benang entah kapak

entah buruk entah kacak
entah gugur entah terpacak
entah lemah entah mencanak
entah bersandar entah tegak

entah tutup entah terkuak
entah beralas entah bertepak
entah harum entah hapak
entah bungkus entah kotak

entah subur entah botak
entah sebak entah terbahak
entah bersih entah berkeladak
entah undur entah merafak

THE POSSIBILITIES OF ENTAH

entah ya entah tidak
entah diam entah bertindak
entah bangkang entah berpihak
entah senyap entah berteriak

entah girang entah teresak
entah rela entah terdesak
entah lapang entah bersesak
entah munafiq entah warak

entah tertarik entah tertolak
entah dimulia entah dipijak
entah hidup entah watak
entah sihat entah nazak

entah sempurna entah berkerak
entah rapi entah berselerak
entah tersusun entah rawak
entah kemas entah terserak

entah dibelai entah disepak
entah tertuntut entah terpajak
entah berhenti entah terlajak
entah sangsi entah tersajak

PINTA

khabar dilayar
tak dibalas
telah terkasar
tiada belas
maaf dihantar
dosa digalas
semuanya sukar
tak mungkin dibahas

dia minta
jawapan kepada soalan
kepastian daripada kesangsian
keterangan kepada kesamaran
kebahagiaan daripada kenyataan

hajatnya sampai
tapi terkulai
pantas dinilai
nyata tak sesuai

jangan dipinta yang mustahil
nanti terjadi yang tidak adil
jawapan ada di dunia nyata
sudah tertayang sekian lama
indah hanya di syurga
di bumi hanya bayangnya
janganlah begitu naif
hidup dalam fiktif

biar saja
dia berfikir
Tuhan
takkan mungkir
yang dipinta
pasti di tunai
namun pahala
akan tergadai

aku pinta
pengakhiran kepada seksaan
ketelusan daripada sorokan
cahaya kepada kebenaran
kedamaian daripada kedukaan

khabar dilayar
harap terima
telah terkasar
sudahpun berdosa
maaf dihantar
tak minta diampun
semuanya sukar
dalam santun

RAMPAS

kasar saja lagaknya
menolak segala di depan mata
rakus tangannya menepis
tutur katanya tak bertapis
roman muka semacam benci
penuh dendam pandangnya keji
megah dirinya besar
tidak ketahuan dirinya terpagar
oleh kawat ketakutan
oleh duri kepalsuan

suaranya menggegar segenap ruang
gugur semua di awangan
dirinya angkuh
tak pernah tentu kukuh
meraih percaya yang sangsi
menjuang rasa yang lama basi
silau mata melihat
bangkit rasa meluat
janji kosong diulang berkali
entah belum sedar dari mimpi

pengecutnya dia
rampas segala-gala
risau dirinya tak sempat
meraih cinta terlaknat
takut dia memandang Tuhan
khuatir lekanya kemusnahan
pena sudah berkurun menari
dakwat kering dalam sanubari
tepak kosong menanti isi
angin ditadah cembul dicuri

lagi dia merampas
tiada yang lepas bebas
fikirnya ligat merancang
tak habis menentang
pencariannya masih samar
kasadnya lama tercemar
takkan dapat ditebus
semuanya dilindung kabus
api amarahnya semakin marak
terdorong hasutan bongkak

sayup terdengar seruan
menganjur ke arah kesesatan
akalnya bernanah
gendang telinganya pecah
terhalang lafaz iman
penentu kesejahteraan kemudian
nafas ditarik dalam
tidak sempat ditinggal salam
akhirnya dia pergi
tak pernah kedengaran lagi

RASA BUAT ABANG

dia jauh di sana
tiada yang menjaga
yang di sini lara
tak tahu apa diduga

aduhai abang
usah berselubung gebar sendu
pilu itu penguat nuranimu
perit rasa itu penentu istana syurgamu
sabarlah kerna resah pasti berlalu
bakal membuah jawapan jitu
petanda buruk baik hidupmu

aduhai abang
ku tahu dirimu sudah kepenatan
namun takkan kalah dalam perjuangan
mintalah petunjuk merentas zaman
mintalah agar dikurniai kesejahteraan
menempuhi hari-hari depan

abang
aku ingin dirimu bernyawa semula
jangan hanyut dalam lara
engkau sudah terkena
belajarlah dari petandaNya
aku cuma mampu berdoa
semoga kalian kekal bersama

PERANG

tempik suaranya
hilang susila bicara
melolong yang belah sana
menegak haknya
lawan kata memuncak
tikam lidah telinga pekak
dua-dua rosak
menunggu dicampak

jahatnya tersohor
sayangnya tiada cap mohor
tirai seri lama terkoyak
latar pentas sudah rabak
takkan ada tanda berhenti
menghentam meja dengan belati
jelas akalnya cetek
terbiar tidak digesek

santunnya bersebab
memayung akal yang lembab
didik tingkat tertinggi
tak tahu membeza setanggi
lidahnya tertukar nada
lupa tutur ibunda
akunya itu alami
walau jelas tak sedar diri

jerit menggegar tanah berpijak
masing-masing membukti bijak
walau maksud sebenar
tak seberapa besar
terdorong rasa jelak
banyaknya berkotak-kotak
takbur menyamar
percaya tersambar

pukul bumi terbelah
tiada ingin mengaku kalah
sampai tercampur bukti
tergamak membohongi
suci ihsan direbah
dilumur cairan fitnah
biar puas di hati
asal terhapus hakiki

maaf takkan bertukar
insaf takkan mekar
gendang keliru dipalu
sampai bila tak siapa tahu
sia-sia diasuh
yang dibukti nyata rapuh
si jahat memintal dendam
si sopan takkan berdiam

PENTAS

babak demi babak dicuba
tak terbuah penghayatannya
tak kesampaian cerita
batin dilahir
tenaga terbazir
hanya paksa
untuk memuas sutradara

ramai yang tenggelam
dek watak yang mencengkam
tak mahu lepas
memagar bebas
degil
walau dicungkil

yang sabar hatinya tulus
niatnya jauh dari rakus
melepas watak mudah
caranya sujud di atas sejadah
nescaya akan aman
takkan dibayang kesuraman
terhindar dari kepalsuan

ada pula yang terserlah
tapi hatinya sentiasa resah
takut penghayatan punah
terbongkar segala rahsia
di balik tabir drama
yang bakal memakan empunya
sebelum sempat putus nyawa

pentas
pilih yang mana bisa digalas
tiada siapa perlu kertas
tak siapa perlu belas
cemas
puas
lepas
lemas

semoga membuah nikmat
jangan dibeban kesumat

PELIK

pintu diketuk
tak siapa menjenguk
dari tingkap usang
penuh sawang

ku ketuk lagi
tiada apa didengari
alamat tak salah
tak pernah berubah

taman dijaga rapi
basah baru disirami
hujan belum turun
angin masih santun

segalanya biasa
masih bernyawa
resah menerpa
mana penghuninya

cuba dihubungi
lama menanti
baru semalam berjanji
takkan sudah dimungkiri

cuba dicari
kalau bersembunyi
hampa mendekati
tak dijumpai

PANDANG

pandang
takkan ada yang kosong
akan tertangkap kelibat
dalam anak mata yang murung
mampukah melihat
menafsir yang tak langsung
yang pasti terlekat
di jiwa yang terkandung
sarat dengan berjuta firasat
yang jauh terlindung

pandang
dari mata turun ke hati
meresap ke minda dan dalam diri
terlayarkah hasrat
mujarabkah ubat
tergadaikah sahabat
leraikah kesumat
gugurkah laknat
sempatkah bertaubat
tergapaikah syafaat

pandang
seluruh petala ada rupa
bukan hanya di depan muka
angin berkata-kata
telanlah lara
muntahlah gembira
bunuhlah rasa
teguklah sengsara
kenapa sebenarnya
adakah sudah gila

pandang
segalanya ada alasan
walau kedengaran bosan
takkan tercekik menelan lara
takkan loya lagi kerana gembira
takkan mati membunuh rasa
takkan perit tekak meminum sengsara
kenapa
cubalah terangkan
nyalakan dian

pandang
lara sengsara itu uji
rasa gembira itu tak pasti
sabar buat kita kuat
korban buat kita ingat
kerna Dia Maha Adil
pernah Dia melontar bedil
kita tak pernah faham
kenapa gelap dipanggil malam
kenapa mentari kian tenggelam

pandang
hunuskan ilmu bagi yang jahil
simbahkan hak pada yang batil
apa didapat
ganjaran berlipat
tidak di sini
khuatir dicemari
pandang dengan mata
jangan sekali bicara
andai takkan sedia

NILAI

sukar
takkan pernah mudah
mencabar
rintangan datang mencurah
sabar
sebab segala-gala
penawar
takkan didapat segera

nilai
dia, engkau, aku
andai
dia, engkau, yang lagi satu
fikir
dia, engkau, tutur dan dengar
akhir
mati semua ikhtiar

kalah
bukan cara mu
pasrah
kalau kata putus mu jitu
musnah
hapuskan segala keliru
padah
jika dia menolak mu

nilai
dia, engkau, tiada aku
andai
dia, engkau, atau yang lagi satu
fikir
jangan sampai masa terbuang
akhir
ku mahu kau berjuang

rasa
takkan pernah tenteram
cinta
mustahil akan padam
percaya
itu utama
yang di sana
maknanya kau tersia

nilai
dia harus telus
andai
kau dibawa arus
fikir
jangan diturut terus
akhir
semuanya terkambus

jawapan
engkau, dia
ketentuan
Dia di atas sana
kemaafan
jika kau pasrah
masa depan
hidup mu masih cerah

nilai
terpulang SIAPA yang SUKA bila mula dahulu
andai
engkau dan yang lagi satu
fikir
semuanya sudah matang
akhir
takkan ada hutang

MILIK DIA

ku pulangkan semua
namun tiada dalam nyata
bukan hilang
tak terbilang
bukan dirompak
tak nampak
tak pernah dicampak

katanya selalu disalah erti
tak pernah dikaji
kerna aku tamak
tak sedari mana berpijak
dia parah lukanya
aku menanti ajal tiba
di sana melihat saja

sayang akan selamanya ada
percaya takkan setia meraja
padah tak pernah bersua
apa ada pada suara
hasrat tak pernah terang
kata tak pernah lantang
laku tak pernah dijuang

andai titiknya tamat
rindu pasti tersemat
di sini saja pertemuan
di sini akhir persahabatan
namun takkan putus persaudaraan
paling mulia paling hina
tetap manusia biasa

pergilah jika itu impi
akan dimansuh dalam mimpi
engkau MILIK DIA
padaku engkau tetap saudara
punca aku bernyawa
menghabis sisa

takkan diketuk pintu maaf
sudah dilupa segala khilaf
terpulang menilai jujur
asal tak jauh terlanjur
ada jodoh tak pasti bila
andai bertemu semula
tiada lagi hutang tertunda

MILIK DIA II

aku bangkit dari lena
terjaga kerna mimpi belaka
tapi ternyata ia benar
bukan samar-samar
mereka tersenyum lega
tak jelas mengapa
namun semuanya tampak biasa
bagai tiada badai menggila

aku menarik selimut
lalu ku menghala ke sudut
aku cuba tersenyum jua
dari menyakitkan kepala
mereka nyatanya sudah kembali
menyambung ikatan yang lama bersemi
tiada perlunya aku lagi
menyaksi yang takkan dimiliki

engkau milik dia
sudah tersurat semua
ribut yang melanda
hanya pengukur cinta
sayang sudah utuh
nescaya takkan lagi rapuh
ku biarkan mereka berdua
rehat ku tertunda
ku rebah kembali ke bantal
tiada rasa kesal...

MALAM TERANG

ku lihat bintang
idam ku tak terbayang
namun dia juga mengingin
jelas rasa terjalin

ku lihat bintang
kerdipnya sinarkan malam yang terang
sinar itu untuk yang melihat
tetapi dia nyata terpikat

ku lihat bintang
cinta jadi terhalang
tarikan dia terpapar kuat
hiba jiwa ku tak terubat

ku lihat bintang
tebal rasa sayang
dia menjeling tajam
jemarinya erat mencengkam

ku lihat bintang
peluang ku melayang
dia sudah bertakhta
di kalbu bintang tertinta

MALAM

angin malam berhembus
membisik halus
warna jiwa yang kelabu
telah lama luntur diluruh waktu
riak wajah tak tertafsir
sayang tak bisa diukir
menelan segala suka
meluah segala lara
melarik segala mimpi yang tak sama...

LET HIM WAIT

i climbed up the stairs of uncertainty
only to tumble down tragically
i guess that's the end for being silly
and for loving someone unconditionally...

14.9.08

JANGAN

jangan dinyala dian itu
takkan mencair batu
usah membakar yang tak perlu
andai hidup terhindar celaru

jangan dinyala dian itu
takkan terundur waktu
usah dipendam nyanyian lagu
asal terpulih jiwa yang bisu

jangan dinyala dian itu
rahsia mu takkan siapa tahu
walau aku mengkhianati mu
janji diikat takkan layu

jangan dinyala dian itu
jika aku menyusul dahulu
simpan ia buat bekal mu
untuk menerangi insan dirindu

IL MIO RAGGAZO

senyumnya debarkan seluruh jiwa
katanya terang tutur sempurna
hangat gayanya buat ku bisa
melupa yang lama tiada berguna

rapi busananya serlahkan rupa
tegap tubuhnya nafsu menggila
erat genggamnya sekuat dadanya
matanya berkuasa apungkan masa

waktu bersama takkan disia
belai lembutnya tak pernah lupa
berat dirinya menguji tenaga
kental anggotanya terbuka rasa

sayang diberi tiada tara
kucup bibirnya ubati semua
yakin langkahnya buat ku suka
segalanya menguji rindu empunya