25.11.08

SALAM AIDILFITRI

dingin dan hening pagi itu
penuh insaf menusuk kalbu
alunan suara merdu
petanda kita satu
tergambar kenangan sebulan lalu
saat ganjaran diburu
merasa jerih payah menunggu
ihsan insani menguak pintu

pagi itu bernama Syawal
merai kemenangan sebulan mengawal
golak nafsu dan duga akal
penuh sabar dan terkial-kial
lebih patinya dari amal
asas kukuh iman yang tebal
takkan bisa dijual
walau dihasut dalam khayal

bahagia kan jelas tergambar
sedaya dilindung rasa hambar
doa dan ingatan sentiasa segar
buat yang pergi, kenangan kan mekar
bermaaf-maafan menembus pagar
keampunan berharga dari dinar
senyum tak lagi samar
damai jelas terdengar

selama kita berkenalan
salah silap ku mencemar lautan
baik buruk ku membina batasan
tutur kata ku tiada sempadan
khilaf ku jadikan kekuatan
makan pakai harap halalkan
terima kasih wahai teman
kita bersua selepas Lebaran

No comments: