resah dia bertanya
adakah hilang miliknya
salah sendiri lupa menyimpan
terlalu berahsia tak tinggal pesan
sinar dihalang masuk
air tak surut seteguk
menyapa yang pergi
menghalau yang kembali
bingit telinga mendengar
ingin saja disangkar
mata yang indah melilau liar
bibir kering meracau yang mungkar
apa lagi yang merubah
pasang surut pusingan bah
tak pernah dicita bulan menjatuh
inikan pula bintang yang jauh
habis berselerak lakunya
dikemas tetap sama
kacau tak mahu pergi
damai tak ambil peduli
khabar di angin perlahan menipis
takkan jumpa hati terguris
berlindung di balik mentari
takkan bercambah benih yang mati
dicari semakin hilang
jauh kelana tak pandang belakang
kala berhenti tersesat jalan
dia takkan pulang ke pangkuan
lelah menarik nafas
dihela takkan bebas
biar kacau berselindung
duka tetap bersenandung
adakah hilang miliknya
salah sendiri lupa menyimpan
terlalu berahsia tak tinggal pesan
sinar dihalang masuk
air tak surut seteguk
menyapa yang pergi
menghalau yang kembali
bingit telinga mendengar
ingin saja disangkar
mata yang indah melilau liar
bibir kering meracau yang mungkar
apa lagi yang merubah
pasang surut pusingan bah
tak pernah dicita bulan menjatuh
inikan pula bintang yang jauh
habis berselerak lakunya
dikemas tetap sama
kacau tak mahu pergi
damai tak ambil peduli
khabar di angin perlahan menipis
takkan jumpa hati terguris
berlindung di balik mentari
takkan bercambah benih yang mati
dicari semakin hilang
jauh kelana tak pandang belakang
kala berhenti tersesat jalan
dia takkan pulang ke pangkuan
lelah menarik nafas
dihela takkan bebas
biar kacau berselindung
duka tetap bersenandung
No comments:
Post a Comment