pantas dia mengelak
khuatir benar ditempelak
katanya jelas kosong
walhal tiada yang rompong
dipandang pada usia
tidak sesaat pun disia
apa terjadi di seberang lautan
roh dan jasad tak bertautan
suaranya melemas jiwa
mustahil tak tertawan cinta
namun dia punya tujuan
menguji ilmu yang dikhatamkan
satu demi satu berderai
hati berkuasa akal bercerai
satu demi satu termangu
kerna terlalu setia menunggu
entah apa menyinggah di fikiran
hanyut dalam lautan khayalan
ditari gerak bersandar resah
satu langkah gagal membuah
rasa jiwa yang lama dahaga
menyapa merentap membabi-buta
inikah yang dicari-cari
adakah terhalang niat di hati
sesat mencari diri
di balik tabir melayan sepi
jeritan itu bergema memaksa
diturut atau dipekak telinga
berlayar merentas lautan
tak jumpa yang diperkenan
usah dirujuk helaian sejarah
kecuali mahu berdagang darah
kata bersahaja bertukar sumpah
tiada lagi bait yang indah
telah lama menyata benci
mungkin sengaja tak mahu ketahui
dititip khabar pada gelombang
sampaikah atau di awangan
tersekat menunggu putaran masa
terhalang hilang melenyap punca
dilayang hasrat yang mati
jangan pula dibawa lari
mentari hanya mampu berdiam
bulan dan bintang tergamam
tersurat tersirat hanya alasan
terpulang kisah yang diselindungkan
siapa kini hendak mendengar
segala bayangan telah bubar
khuatir benar ditempelak
katanya jelas kosong
walhal tiada yang rompong
dipandang pada usia
tidak sesaat pun disia
apa terjadi di seberang lautan
roh dan jasad tak bertautan
suaranya melemas jiwa
mustahil tak tertawan cinta
namun dia punya tujuan
menguji ilmu yang dikhatamkan
satu demi satu berderai
hati berkuasa akal bercerai
satu demi satu termangu
kerna terlalu setia menunggu
entah apa menyinggah di fikiran
hanyut dalam lautan khayalan
ditari gerak bersandar resah
satu langkah gagal membuah
rasa jiwa yang lama dahaga
menyapa merentap membabi-buta
inikah yang dicari-cari
adakah terhalang niat di hati
sesat mencari diri
di balik tabir melayan sepi
jeritan itu bergema memaksa
diturut atau dipekak telinga
berlayar merentas lautan
tak jumpa yang diperkenan
usah dirujuk helaian sejarah
kecuali mahu berdagang darah
kata bersahaja bertukar sumpah
tiada lagi bait yang indah
telah lama menyata benci
mungkin sengaja tak mahu ketahui
dititip khabar pada gelombang
sampaikah atau di awangan
tersekat menunggu putaran masa
terhalang hilang melenyap punca
dilayang hasrat yang mati
jangan pula dibawa lari
mentari hanya mampu berdiam
bulan dan bintang tergamam
tersurat tersirat hanya alasan
terpulang kisah yang diselindungkan
siapa kini hendak mendengar
segala bayangan telah bubar
No comments:
Post a Comment