indah hari ini
mentari menyinar tanpa henti
puputan bayu lembut menyentuh
menyapa muka yang dibasah peluh
ku pandang sekeliling
manusia sempurna umpama bertanding
entah apa dibicara
asal kedengaran suka
tiada lagi suara yang bingung
dunia belum di penghujung
minuman disua ke bibir
haus tak mungkin mungkir
pandang disorot ke kiri
terlihat wanita penuh iri
entah apa dirancang
tak mahu lagi ku pandang
sudu dan garpu tak lepas di tangan
perut yang lapar ditenangkan
cuba dipindah perhatian
namun tak bisa dilepaskan
wanita itu masih membisu
gusar hati temannya yang satu
entah apa yang bermain
sayang akalnya bukan cermin
LAMA MENUNGGU TAK KELIHATAN
BERLALU MASA YANG DIJANJIKAN
DI MANA DIA SEBENARNYA
SUDAH HABISKAH TUGAS DILAKSANA
ramai orang berpusu
si wanita menyala rokok termangu
entah apa dirisaukan
temannya nampak membosankan
BOSANNYA MENUNGGU
PADAHAL TELAH DITETAP WAKTU
asap rokok menyesakkan
loya rongga pernafasan
khalayak makin resah
kaya bermacam kisah
ENTAH DI MANA GERANGAN
PERLU DITERANGKAN ATAU KESESATAN
kanak-kanak merimaskan ku
ibu bapanya berlagak keliru
aku tahu mereka berhak
nilai diri mana terletak
SABAR SEMAKIN MENGUJI
sorot mata tak tentu membenci
ENTAH APA DISELINDUNGKAN
SALAH SUDAH TERANG-TERANGAN
MASIH TIADA KELIBAT
pena ku menghabis dakwat
wanita di sebelah semakin tak tentu
gusar apa ditunggu
orang di sekeliling semakin lesu
keluh datang dari segenap penjuru
kerusi ku telah dilanggar
untung aku sabar
MANA GERANGANNYA DIA
SUDAH DUA EMPAT PULUH LIMA
BERJANJI DUA SETENGAH
PENAT LEHER KU MENJENGAH
MASA KU TERBUANG
MASIHKAH MAHU MELUANG
ENTAH SAKIT TERUBAT
ATAU DIBIAR BERIKAT
PANAS SEMAKIN MENGGIGIT
HATI MAKIN SAKIT
MENGAPA HARUS MELENGAH
TIDAK KU MINTA SUJUD SEMBAH
KU TUNGGU BUNYI DERINGAN
SEKADAR PESAN MEMAKLUM KELEWATAN
NAMUN TIADA SUARA
BISU SERIBU BAHASA
DAHAGA SEMAKIN HAMPIR
ENTAH BILA DIA KAN HADIR
ROSAK SEGALA PERANCANGAN KU
MASA GEMBIRA DAH TAK TERHIDU
SUDAH DUA LIMA PULUH SATU
LAMA LAGIKAH HARUS KU TUNGGU
PANDANGAN SUDAH KABUR
HAJAT DI HATI MAHU BERUNDUR
LEWAT TAKKAN DIMAAF
WALAU BUKAN SEBESAR KHILAF
APA GUNA BERJANJI LAGI
KALAU SUDAH TAK DITEPATI
PUNGGUNG KU LENGUH DI KERUSI
HAJAT DI HATI MAHU SAJA LARI
HANCUR SEMUA IMPRESI
NYATA DIA TAK PEDULI
ADUH DI MANA DIA
AKU BUKAN PATUNG BERHALA
KERJA DUDUK BANGUN SAHAJA
MERAYAU TIADA PUNCA
BELUM LAGI BERDERING
WALAU DILETAK NADA NYARING
SUSAH BENARKAH MENCARI
ATAU MEMANG TIDAK PEDULI
PENAT KAKI DILUNJUR
INGIN SAJA PANJANGNYA DIUKUR
LEWATNYA TAK DITERIMA
BUKAN TIDAK DIRANCANG SEMULA
KEPUL ASAP MENYESAK
GELAS AIR MAHU SAJA DITOLAK
SUDAH PUKUL TIGA
ENTAH DIA LUPA
PESAN SUDAH DIHANTAR
HARAP-HARAP DIA SEDAR
PENA KU TAK HENTI MENARI
KESABARAN DISALAH ERTI
SUDAH NAMPAK KELIBATNYA
BERTEMAN SEBUAH KAMERA
APA ALASANNYA
KALAU DITANYA BUANG MASA
mentari menyinar tanpa henti
puputan bayu lembut menyentuh
menyapa muka yang dibasah peluh
ku pandang sekeliling
manusia sempurna umpama bertanding
entah apa dibicara
asal kedengaran suka
tiada lagi suara yang bingung
dunia belum di penghujung
minuman disua ke bibir
haus tak mungkin mungkir
pandang disorot ke kiri
terlihat wanita penuh iri
entah apa dirancang
tak mahu lagi ku pandang
sudu dan garpu tak lepas di tangan
perut yang lapar ditenangkan
cuba dipindah perhatian
namun tak bisa dilepaskan
wanita itu masih membisu
gusar hati temannya yang satu
entah apa yang bermain
sayang akalnya bukan cermin
LAMA MENUNGGU TAK KELIHATAN
BERLALU MASA YANG DIJANJIKAN
DI MANA DIA SEBENARNYA
SUDAH HABISKAH TUGAS DILAKSANA
ramai orang berpusu
si wanita menyala rokok termangu
entah apa dirisaukan
temannya nampak membosankan
BOSANNYA MENUNGGU
PADAHAL TELAH DITETAP WAKTU
asap rokok menyesakkan
loya rongga pernafasan
khalayak makin resah
kaya bermacam kisah
ENTAH DI MANA GERANGAN
PERLU DITERANGKAN ATAU KESESATAN
kanak-kanak merimaskan ku
ibu bapanya berlagak keliru
aku tahu mereka berhak
nilai diri mana terletak
SABAR SEMAKIN MENGUJI
sorot mata tak tentu membenci
ENTAH APA DISELINDUNGKAN
SALAH SUDAH TERANG-TERANGAN
MASIH TIADA KELIBAT
pena ku menghabis dakwat
wanita di sebelah semakin tak tentu
gusar apa ditunggu
orang di sekeliling semakin lesu
keluh datang dari segenap penjuru
kerusi ku telah dilanggar
untung aku sabar
MANA GERANGANNYA DIA
SUDAH DUA EMPAT PULUH LIMA
BERJANJI DUA SETENGAH
PENAT LEHER KU MENJENGAH
MASA KU TERBUANG
MASIHKAH MAHU MELUANG
ENTAH SAKIT TERUBAT
ATAU DIBIAR BERIKAT
PANAS SEMAKIN MENGGIGIT
HATI MAKIN SAKIT
MENGAPA HARUS MELENGAH
TIDAK KU MINTA SUJUD SEMBAH
KU TUNGGU BUNYI DERINGAN
SEKADAR PESAN MEMAKLUM KELEWATAN
NAMUN TIADA SUARA
BISU SERIBU BAHASA
DAHAGA SEMAKIN HAMPIR
ENTAH BILA DIA KAN HADIR
ROSAK SEGALA PERANCANGAN KU
MASA GEMBIRA DAH TAK TERHIDU
SUDAH DUA LIMA PULUH SATU
LAMA LAGIKAH HARUS KU TUNGGU
PANDANGAN SUDAH KABUR
HAJAT DI HATI MAHU BERUNDUR
LEWAT TAKKAN DIMAAF
WALAU BUKAN SEBESAR KHILAF
APA GUNA BERJANJI LAGI
KALAU SUDAH TAK DITEPATI
PUNGGUNG KU LENGUH DI KERUSI
HAJAT DI HATI MAHU SAJA LARI
HANCUR SEMUA IMPRESI
NYATA DIA TAK PEDULI
ADUH DI MANA DIA
AKU BUKAN PATUNG BERHALA
KERJA DUDUK BANGUN SAHAJA
MERAYAU TIADA PUNCA
BELUM LAGI BERDERING
WALAU DILETAK NADA NYARING
SUSAH BENARKAH MENCARI
ATAU MEMANG TIDAK PEDULI
PENAT KAKI DILUNJUR
INGIN SAJA PANJANGNYA DIUKUR
LEWATNYA TAK DITERIMA
BUKAN TIDAK DIRANCANG SEMULA
KEPUL ASAP MENYESAK
GELAS AIR MAHU SAJA DITOLAK
SUDAH PUKUL TIGA
ENTAH DIA LUPA
PESAN SUDAH DIHANTAR
HARAP-HARAP DIA SEDAR
PENA KU TAK HENTI MENARI
KESABARAN DISALAH ERTI
SUDAH NAMPAK KELIBATNYA
BERTEMAN SEBUAH KAMERA
APA ALASANNYA
KALAU DITANYA BUANG MASA
No comments:
Post a Comment