25.11.08

AI MIEI FRATELLI E SORELLE

langkah jauh berbatu
takkan terlawan perjalanan mu
16, 15, 13, 12, 5
jarak antara kita
apa ada pada angka
suka duka tangis ketawa
wujud kita membahagia
membalas, mengenang, mengharga
hutang tidur, hutang lapar
mampukah dilunas dalam sabar
jatuh bangun disambut
sepak tampar di mulut
aku sedar betapa sayang
aku insaf betapa ditatang
mungkin bukan pinta
mungkin perintah ku jua
hak tidak dipeduli
asal hajat ku dituruti
tak terkira lagi
hutang nyawa dan budi
diam ku bukan lupa
sampai mati aku kan bangga
punya saudara berhati mulia
impian melihat adiknya berjaya
tak berani berjanji
lupa diri tak ditepati
zuriat mu sebahagian ku
ditatang seperti ku selagi mampu
terima kasih takkan cukup
melawan daun kasih di pohon redup
doa ku sentiasa bersama
mengiring girang dan lara
memang aku tak kenang budi
biadap dan buruk pekerti
aku dambakan ruang
tiada siapa melarang
pesan disalah erti
agar waspada meniti hari
mungkin keras kepala membarah
menggelap hati, mengotor darah
kecewa terlukis di riak
susun rapi tak selerak
darah mengalir tiada beza
di depan Dia hanya taqwa
ketahuilah wahai abang
adik mu ini sayang
maklumlah wahai kakak
kalian menyokong supaya tegak
dibakar lilin hidup
api marak walau sayup
seribu maaf takkan melenyap
walau dibuang ke luar tingkap
titis keringat sentiasa dikenang
adik mu sukar melafaz sayang
selepas ayah tiada
kalian bertakhta di rasa, selain bonda
ini ikhlas dari ku
maafkan aku
sedaya upaya membaiki
jangan ikatan dibawa lari

No comments: