25.11.08

TOLAK - GO ON

tolak
tolak
tolak aku ke bawah
biar terhumban sampai berdarah

tolak
tolak sampai titik noktah
biar sampai tamat titah
puas nafsu serakah

tolak
tolak
jangan lagi ambil kisah
agar tak perlu mengasah
parang guna membelah

tolak
sejauh mana yang kau mahu
sedalam mana yang kau mampu
agar terhindar segala sial ku
dari selamanya mengenai mu

tolak
aku nak tengok kau tolak
tolak lagi aku jauh
tolak lagi biar jatuh
moga hilang gemuruh

tolak lagi aku ke bawah
biar puas yang lemah
biar gelap yang cerah
biar bergema ketawa berdekah

apa lagi
tolak

No comments: