dari puncak turun ke lembah
seluruh pelosok dicanang sudah
ada yang merengus marah
ada yang buat tak endah
ada yang rasa tak salah
siapa tahu senang susah
bukan semua mahir bermadah
seribu kemungkinan gelojoh ditelah
heboh seluruh fakulti
dilarang tegas mencari rezeki
berdagang rupa menafi alami
walau untuk kepuasan diri
lantas dia dihukum dicaci
dituding jari berbuat keji
jaga saja tepi kain sendiri
nasib diri tak tentu lagi
kepercayaan dikhianati
hancur sudah persahabatan sejati
hanya kerana lelaki
kesenangan orang dibawa lari
tak malu mencuri
kala izin tak diberi
antara lidi dengan besi
laluan lapang ditabur duri
ada juga terdengar kisah
masscom bakal berpindah rumah
kembali kepada yang fitrah
menampal garis merekah
apa nasib berpindah-randah
bagai diburu tuan tanah
kami dah nak habis dah
tunggu saja kami blah
macam-macam kisah di sini
baru sebulan menjejak kaki
kalah siri drama minggu ini
tak dapat membeza kepala dan kaki
masing-masing menjual personaliti
macam ada sistem berjuri
masih tinggal setahun lagi
tunggu dan lihat sajalah nanti
seluruh pelosok dicanang sudah
ada yang merengus marah
ada yang buat tak endah
ada yang rasa tak salah
siapa tahu senang susah
bukan semua mahir bermadah
seribu kemungkinan gelojoh ditelah
heboh seluruh fakulti
dilarang tegas mencari rezeki
berdagang rupa menafi alami
walau untuk kepuasan diri
lantas dia dihukum dicaci
dituding jari berbuat keji
jaga saja tepi kain sendiri
nasib diri tak tentu lagi
kepercayaan dikhianati
hancur sudah persahabatan sejati
hanya kerana lelaki
kesenangan orang dibawa lari
tak malu mencuri
kala izin tak diberi
antara lidi dengan besi
laluan lapang ditabur duri
ada juga terdengar kisah
masscom bakal berpindah rumah
kembali kepada yang fitrah
menampal garis merekah
apa nasib berpindah-randah
bagai diburu tuan tanah
kami dah nak habis dah
tunggu saja kami blah
macam-macam kisah di sini
baru sebulan menjejak kaki
kalah siri drama minggu ini
tak dapat membeza kepala dan kaki
masing-masing menjual personaliti
macam ada sistem berjuri
masih tinggal setahun lagi
tunggu dan lihat sajalah nanti
No comments:
Post a Comment