erat tapak digenggam
tak bisa melepas kebenaran
dialir dikata kejam
diempang terhakis kejujuran
jalan beralih tuju
tak siapa yang menukarkan
jangan salahkan waktu
ia juga takkan merelakan
langit tak selalu biru
hijau bisa bertukar ungu
rapuh tetap rapuh
walau disokong seluruh
takkan jumpa jalan keluar
tak pula ranjaunya sukar
semua mahu terbang tinggi
menggapai cita diri
walau ditahan rasa
aku tetap sebahagiannya
mungkin hanya secarik
tak pernah pula ditarik
tersepit di tengah-tengah
keseorangan merayau di lembah
ada punca lumrahnya begitu
di mana paksi tak siapa tahu
leka bersaksi bulan
walau di hati kebisuan
apa diharap pada mentari
lipat tugasnya memanas bumi
dicari rama-rama
banyak tapi tak jumpa
celaka seluruh petala
satu pun tak bersuara
tak bisa melepas kebenaran
dialir dikata kejam
diempang terhakis kejujuran
jalan beralih tuju
tak siapa yang menukarkan
jangan salahkan waktu
ia juga takkan merelakan
langit tak selalu biru
hijau bisa bertukar ungu
rapuh tetap rapuh
walau disokong seluruh
takkan jumpa jalan keluar
tak pula ranjaunya sukar
semua mahu terbang tinggi
menggapai cita diri
walau ditahan rasa
aku tetap sebahagiannya
mungkin hanya secarik
tak pernah pula ditarik
tersepit di tengah-tengah
keseorangan merayau di lembah
ada punca lumrahnya begitu
di mana paksi tak siapa tahu
leka bersaksi bulan
walau di hati kebisuan
apa diharap pada mentari
lipat tugasnya memanas bumi
dicari rama-rama
banyak tapi tak jumpa
celaka seluruh petala
satu pun tak bersuara
No comments:
Post a Comment