didekat tangan pada kepala
pening menguasa berbaur jiwa
adakah akan terhenti
akankah hilang erti
diselam semampu daya
maksud di sebalik petanda
dirombak laci ingatan
hilang segala kekuatan
berdiri di sisi hati
payah membuang benci
haruskah dirangsang berani
menghadap yang ditakuti
diragut firasat berzaman
dicabul segala perjanjian
jauh dari kurnia
disindir kerana lakunya
rakus merumus jalan
dilagu nyanyian kegusaran
segalanya ada cara
walau lambat tetap berharga
andai tak bisa menyelamat nyawa
nescaya maruah kekal terjaga
halakan langkah ke arah itu
kuncinya ada pada diri mu
bersalah pada yang suci
bertuhan pada yang keji
buang lembaran itu jauh
jangan lagi berpeluk tubuh
orak jalan lurus ke sinar
atur langkah bersandar sedar
ada yang merai di sana
bukan intan bukan sengsara
pening menguasa berbaur jiwa
adakah akan terhenti
akankah hilang erti
diselam semampu daya
maksud di sebalik petanda
dirombak laci ingatan
hilang segala kekuatan
berdiri di sisi hati
payah membuang benci
haruskah dirangsang berani
menghadap yang ditakuti
diragut firasat berzaman
dicabul segala perjanjian
jauh dari kurnia
disindir kerana lakunya
rakus merumus jalan
dilagu nyanyian kegusaran
segalanya ada cara
walau lambat tetap berharga
andai tak bisa menyelamat nyawa
nescaya maruah kekal terjaga
halakan langkah ke arah itu
kuncinya ada pada diri mu
bersalah pada yang suci
bertuhan pada yang keji
buang lembaran itu jauh
jangan lagi berpeluk tubuh
orak jalan lurus ke sinar
atur langkah bersandar sedar
ada yang merai di sana
bukan intan bukan sengsara
No comments:
Post a Comment