25.11.08

AKU MELETER DI HARI PERIKSA

tempias di tepi
jauh niat mencampuri
hilang dalam pertempuran
lemas dalam ghairah bisikan
tempat tuju ku bukan ke tengah
lama suara memecah
kata, laku - semua ikhlas
jauh menawar belas

anugerah diselubung sial
peneman lara jadi tegal
walau lebur bintang menyangkal
perisai tetap kebal
bedil hingga menyerah
persefahaman hilang arah
biarpun tanah merekah
tulang belulang tetap berbalah

kalau bukan kerana ku sayang
dua-dua kan ku bogel telanjang
biar padan muka
nafsu ranjang ku rakus menyinga
perlu lagi aku kata
buang megah dari kepala
atau perlukah aku hilang
menjauh terbiar usang

aku tahu kenapa punca
susut walau seringkas percaya
bukan hanya kerana dia
namun jeruk berkurun rasa
melimpah dari temnpayan
kosong tinggal impian
ke mana sisa kepergian
jadi azimat atau sempadan

jauh sekali hasut mengeji
budi baik dibawa lari
tiap seorang terlalu berharga
di mata aku dan semua
tolonglah - permaisuri hanya satu
yang lain gundik berdebu
usah mengimpi menjadi ratu
raja lari takkan menunggu


janji takkan mencampuri
jangan buat ku mungkir lagi
masing-masing sudah berbulu
besar panjang memancut 'susu'
telinga ini kan sedia mendengar
mencongak maksud dalam samar
ya - akan ku anjur
tidak - takkan ku aniaya jujur

biar mati bicara
jangan maut dalam jaga
panas sejuk fitrah kita
terpulang aturan mengawalnya
apa pun putusnya
biar semua gembira
biar semua memikul lara
biar semua senang dengannya

No comments: