24.11.08

GULING

belum lama aku berundur
dalam diam dia menyusur
malas hendak menegur
ku sangka ikhlas persahabatan dihulur
namun lakunya jelas terlanjur
punah segala luhur
tak lagi lurus yang dijalur
walau segar tetapi gugur

apa lagi yang kau mahu
apa lagi yang ku tak tahu
sudahlah berkorban memberi waktu
masakan tergamak merampas milik ku
tak cukupkah kesempurnaan mu
disembah, dipuja dan dirindu
dijunjung, diarak bertandu
walhal aku memijak debu

sabar ku meluruh
roh ku tak lagi seluruh
tiada guna lagi disuluh
buktinya terlalu kukuh
hingga melabuh sauh
namun kau bukan lagi jaguh
astaka mu akan meruntuh
inayah semakin jauh

sukar benarkah menahan rasa
meranap cinta merampas bahagia
kehancuran ku dijadikan piala
kelemahan ku diolah sandiwara
tak pernah belajar budi bicara
hendakkan sesuatu ada caranya
payah untuk ku percaya
yang pernah dipuja merampas takhta

No comments: