warna menyenang mata
muda hampir hijau serlahannya
dipindah pandang ke luar
suria setia memancar sinar
diingat kenangan di ufuk
rasa mencengkam ke tulang rusuk
walau dibanding tiada tara
hakikat lahirnya berbeza
kecamuk suara tak menggugat
pati rasa yang tak pandang darjat
amuklah ronta semahu hati
seolah ada yang akan simpati
setiap satu membawa maksud
berdulang bertitik semua wujud
jangan jauh dibawa arus
jika hasrat tak mungkin tertebus
mengapa harus ada pilihan
yang lumrah ditutup sesalan
tak bisa setia pada yang satu
siapa mengarah didiri tugu
mestikah dikira sampai tiga
sepuluh seratus biasa juga
tiadakah yang mahu memecah
berkongsi yang bercanggah
tiada guna difikir dalam
macamlah nurani bisa diselam
takkan ada yang bertepi
takkan ada yang dipagari
bebas tak pula diziarah
mungkin juga bosan dijengah
dirancang dikira-kira
tak satu pun jadi nyata
muda hampir hijau serlahannya
dipindah pandang ke luar
suria setia memancar sinar
diingat kenangan di ufuk
rasa mencengkam ke tulang rusuk
walau dibanding tiada tara
hakikat lahirnya berbeza
kecamuk suara tak menggugat
pati rasa yang tak pandang darjat
amuklah ronta semahu hati
seolah ada yang akan simpati
setiap satu membawa maksud
berdulang bertitik semua wujud
jangan jauh dibawa arus
jika hasrat tak mungkin tertebus
mengapa harus ada pilihan
yang lumrah ditutup sesalan
tak bisa setia pada yang satu
siapa mengarah didiri tugu
mestikah dikira sampai tiga
sepuluh seratus biasa juga
tiadakah yang mahu memecah
berkongsi yang bercanggah
tiada guna difikir dalam
macamlah nurani bisa diselam
takkan ada yang bertepi
takkan ada yang dipagari
bebas tak pula diziarah
mungkin juga bosan dijengah
dirancang dikira-kira
tak satu pun jadi nyata
No comments:
Post a Comment