25.11.08

SAYANG

sejernih sifatnya air
bisakah lagi ketara
tenang rasa mengalir
lihat pada mata
cuba merungkai fikir
membunuh pemakan usia
tiada jejak pada zahir
dalam diri merebak punca

angkuh mengawal senyum
cukupkah mencair dingin yang ada
sahih lembaran mafhum
belum tentu mengubat jiwa
hilang sabar mahu menghukum
tergadai maaf ampun tertunda
siapa imam dipuja makmum
gerak bibir tak bersuara

yang dialami
lengang belai yang sarat
yang didengari
dicari bunyi tersurat
yang diperhati
tunduk, jangan lihat
yang dilindungi
hilang di darat

asli bicara terpacul
bimbing mencari bayangan akli
jumpa ia diri terpukul
sekali terkena tiada ganti
mana sakti lurusnya bendul
malap perkasa bahasa diri
lafaz jangan tersasul
peluang dijanji kan memungkiri

niaga hikayat bukan meruntuh
amar pengingat berulang angkara
jauh diimpi ulung menyentuh
tuju berpaksi kerana lara
disaran tinggal rapuh seluruh
marak hampa menurut cinta
jalan tamat di tangan tabuh
kan timbul sedar pemalu alpa

gebar kuning membalut badan
hangat sifatnya takkan ketahuan
takkan dikongsi sesetengah milikan
mungkin agung keistimewaan
kan sabar membunuh kesangsian
yang semasa tak sanggup bertukaran
hanya terdengar suara penentuan
bila yang hilang bertemu pasangan

No comments: