akan bertemu di titik sifar
terhenti yang bergetar
mencari punca takkan jumpa
noktahkan saja dengan percaya
ada yang takkan dimaklum
bukan mahu menghad kagum
tidak sekali menamat sangkal
mahu menjaga rahsia yang kebal
jejak akan padam
yang tinggal menyimpan dendam
ada kisah yang tergantung
ada hutang yang belum langsung
dimakan rasa bersalah
tertahan tak diluah
jadi akhirnya menyayatkan
membunuh jadi sesalan
walau puji menggunung
saat pulang tiada apa diusung
ilmu itu pinjaman
wajib dipulang beserta perolehan
tiada yang lebih Esa
tanah ini bukan punya kita
seranglah jika berkehendak
gegarlah selagi mampu menghentak
canangkan hitam putih ku
jika itu memuaskan mu
iya, aku kan kota
tidak, masakan bisa
telah tertulis pada daun
akan tiba hari jiwa meruntun
tiada halangan melengahkan
kuasa itu bukan milikan
mungkin aku bercakap dusta
menukil berjilid cerita
namun ku tahu bila berhenti
aku tak punya masa lagi
pergi kan ku bawa semua
tiada tinggal walau dalam mata
dunia takkan diam
jauh sekali tergamam
tentanglah semahu-mahu
wasiat ku hanya cemburu
iri tiada akhir
ilmu hanya di zahir
terserah menilai kata
biar aku terpinga-pinga
golak rasa ku bukan dikira
kerjakan agar sempurna
terhenti yang bergetar
mencari punca takkan jumpa
noktahkan saja dengan percaya
ada yang takkan dimaklum
bukan mahu menghad kagum
tidak sekali menamat sangkal
mahu menjaga rahsia yang kebal
jejak akan padam
yang tinggal menyimpan dendam
ada kisah yang tergantung
ada hutang yang belum langsung
dimakan rasa bersalah
tertahan tak diluah
jadi akhirnya menyayatkan
membunuh jadi sesalan
walau puji menggunung
saat pulang tiada apa diusung
ilmu itu pinjaman
wajib dipulang beserta perolehan
tiada yang lebih Esa
tanah ini bukan punya kita
seranglah jika berkehendak
gegarlah selagi mampu menghentak
canangkan hitam putih ku
jika itu memuaskan mu
iya, aku kan kota
tidak, masakan bisa
telah tertulis pada daun
akan tiba hari jiwa meruntun
tiada halangan melengahkan
kuasa itu bukan milikan
mungkin aku bercakap dusta
menukil berjilid cerita
namun ku tahu bila berhenti
aku tak punya masa lagi
pergi kan ku bawa semua
tiada tinggal walau dalam mata
dunia takkan diam
jauh sekali tergamam
tentanglah semahu-mahu
wasiat ku hanya cemburu
iri tiada akhir
ilmu hanya di zahir
terserah menilai kata
biar aku terpinga-pinga
golak rasa ku bukan dikira
kerjakan agar sempurna
No comments:
Post a Comment