ingin saja segera ku bunuh
kejujuran yang lama berlabuh
sudah ku sangka ada kan mengeluh
fikir kritis disangka tak teguh
dizahir dibongkar isi seluruh
ada hati yang telah luluh
ada rasa yang telah lenguh
ada percaya yang telah rapuh
takkan ku tanya apa salah ku
takkan terjumlah walau dibuku
mungkin ku lama dirasuk keliru
mungkin jua ku takkan tahu
lelah mengharung hari kelabu
kesimpulan sering dicabul buntu
gendang kedegilan semakin bertalu
hingga siang dan malam bertemu
tak pernah terniat untuk ku lari
menolak semua masalah ke tepi
tak pernah walau sekali
aku tak cuba memahami
sayang sabar ku bosan menanti
segala bicara yang bernama janji
setiap mimpi dan realiti
tiada yang lain memakan diri
sungguh ada suara ku dengar
keras memaksa supaya keluar
muntahkan dakwa yang wajar
telan bela yang mencabar
agar meresap zarah iktibar
nescaya kembali waras dan segar
tak ingin lagi menggegar
dunia asing yang sengaja disamar
bukan kerana aku takut
aku akui aku serabut
makin menjadi kala disebut
hajat melupa disangka mengarut
keinsanan tak lagi berbalut
jijik berlumpur penuh selut
luka semalam masih berparut
hutang lama menggila bak ribut
berkali aku menangis menekan
menyembunyi luluhnya perasaan
sudah diasuh menyimpan bebanan
jangan sesekali gatal dikongsikan
kini nyata semuanya meragukan
walau diberi sepenuh kerehatan
masa tak berpaling, tetap berjalan
dahagakan walau setitis perubahan
takkan ada yang benar faham
penangan bisa luka yang dalam
walau jauh rasa diselam
lantai dasarnya makin tenggelam
yang lebam kan terus hitam
bucu kejam makin tajam
kehancuran melarat dalam diam
bunga kan layu walau disiram
disurat pasti terlalu jujur
disirat persahabatan meluntur
keras suara itu menegur
pilih menjelas atau mengabur
jangan diduga jauh terlanjur
jangan disakiti hingga menggelupur
suatu hari aku kan gugur
membawa semuanya dalam tidur
entah bagaimana hendak dijelas
semuanya tamak mahu bernafas
memohon kurnia setitik belas
fitrah diri ku bukan pembalas
ada cara mengecap bebas
terserah mengurung atau melepas
sanubari ku lama terjejas
jangan pula kebenaran terkandas
kejujuran yang lama berlabuh
sudah ku sangka ada kan mengeluh
fikir kritis disangka tak teguh
dizahir dibongkar isi seluruh
ada hati yang telah luluh
ada rasa yang telah lenguh
ada percaya yang telah rapuh
takkan ku tanya apa salah ku
takkan terjumlah walau dibuku
mungkin ku lama dirasuk keliru
mungkin jua ku takkan tahu
lelah mengharung hari kelabu
kesimpulan sering dicabul buntu
gendang kedegilan semakin bertalu
hingga siang dan malam bertemu
tak pernah terniat untuk ku lari
menolak semua masalah ke tepi
tak pernah walau sekali
aku tak cuba memahami
sayang sabar ku bosan menanti
segala bicara yang bernama janji
setiap mimpi dan realiti
tiada yang lain memakan diri
sungguh ada suara ku dengar
keras memaksa supaya keluar
muntahkan dakwa yang wajar
telan bela yang mencabar
agar meresap zarah iktibar
nescaya kembali waras dan segar
tak ingin lagi menggegar
dunia asing yang sengaja disamar
bukan kerana aku takut
aku akui aku serabut
makin menjadi kala disebut
hajat melupa disangka mengarut
keinsanan tak lagi berbalut
jijik berlumpur penuh selut
luka semalam masih berparut
hutang lama menggila bak ribut
berkali aku menangis menekan
menyembunyi luluhnya perasaan
sudah diasuh menyimpan bebanan
jangan sesekali gatal dikongsikan
kini nyata semuanya meragukan
walau diberi sepenuh kerehatan
masa tak berpaling, tetap berjalan
dahagakan walau setitis perubahan
takkan ada yang benar faham
penangan bisa luka yang dalam
walau jauh rasa diselam
lantai dasarnya makin tenggelam
yang lebam kan terus hitam
bucu kejam makin tajam
kehancuran melarat dalam diam
bunga kan layu walau disiram
disurat pasti terlalu jujur
disirat persahabatan meluntur
keras suara itu menegur
pilih menjelas atau mengabur
jangan diduga jauh terlanjur
jangan disakiti hingga menggelupur
suatu hari aku kan gugur
membawa semuanya dalam tidur
entah bagaimana hendak dijelas
semuanya tamak mahu bernafas
memohon kurnia setitik belas
fitrah diri ku bukan pembalas
ada cara mengecap bebas
terserah mengurung atau melepas
sanubari ku lama terjejas
jangan pula kebenaran terkandas
No comments:
Post a Comment