kurang seminggu lagi bakinya
sebelum dia kembali ke sana
menyambung lagi lima purnama
alam yang indah hanya di mata
entah bagaimana nanti suasana
hampir tertutup tabir kedua
yang menanti tak ketahuan pula
sandiwara apa pemuas selera
teman-temannya tetap sama
mungkin ada makin gila
mungkin ramai berlagak cendekia
walau di minda sifar sentiasa
kan kedengaran gelak gembira
setelah berbulan tak bertemu muka
tidak sabar bertukar cerita
ada yang lepak, ada yang kerja
baginya kan terbit perbezaan
bulan keempat masih berterusan
selama mana mampu bertahan
malas pula menyesak fikiran
yang utama jangan terbeban
tetap kan sama perhatian
takkan digadai kepercayaan
kerana ragu timbul kebosanan
sehari memijak tanah semenanjung
badan yang penat akan diusung
berjumpa sahabat secara langsung
kali ketiga bicara bersambung
kan bergema tawa tiada penghujung
tiada lagi senyum yang canggung
harap tiada hajat menggunung
hanya kemungkinan terapung
hari ketujuh dalam seminggu
kan pulang dia ke tempat itu
bertemu segala yang dirindu
bermula satu tempoh yang baru
harap kamarnya tetap di situ
kembali menyaksi impiannya bertamu
cuma satu dia tak tahu
berulang lagikah hidup dahulu
walau rasa jiwanya tak tetap
sepatu hitamnya bakal berdetap
bernyawa lagi gedung ilmu yang senyap
mengembali sinar yang telah lenyap
jauh di hati dia berharap
jangan diracun sampah-sarap
jangan lagi disamar dek asap
jangan lagi dimangsa pelahap
sebelum dia kembali ke sana
menyambung lagi lima purnama
alam yang indah hanya di mata
entah bagaimana nanti suasana
hampir tertutup tabir kedua
yang menanti tak ketahuan pula
sandiwara apa pemuas selera
teman-temannya tetap sama
mungkin ada makin gila
mungkin ramai berlagak cendekia
walau di minda sifar sentiasa
kan kedengaran gelak gembira
setelah berbulan tak bertemu muka
tidak sabar bertukar cerita
ada yang lepak, ada yang kerja
baginya kan terbit perbezaan
bulan keempat masih berterusan
selama mana mampu bertahan
malas pula menyesak fikiran
yang utama jangan terbeban
tetap kan sama perhatian
takkan digadai kepercayaan
kerana ragu timbul kebosanan
sehari memijak tanah semenanjung
badan yang penat akan diusung
berjumpa sahabat secara langsung
kali ketiga bicara bersambung
kan bergema tawa tiada penghujung
tiada lagi senyum yang canggung
harap tiada hajat menggunung
hanya kemungkinan terapung
hari ketujuh dalam seminggu
kan pulang dia ke tempat itu
bertemu segala yang dirindu
bermula satu tempoh yang baru
harap kamarnya tetap di situ
kembali menyaksi impiannya bertamu
cuma satu dia tak tahu
berulang lagikah hidup dahulu
walau rasa jiwanya tak tetap
sepatu hitamnya bakal berdetap
bernyawa lagi gedung ilmu yang senyap
mengembali sinar yang telah lenyap
jauh di hati dia berharap
jangan diracun sampah-sarap
jangan lagi disamar dek asap
jangan lagi dimangsa pelahap
No comments:
Post a Comment