25.11.08

TERLEPAS

kosong
dingin menusuk lena
peritnya takkan reda
walau terhenti masa
di mana ku cari penawarnya
bisa racun menjadi gantinya
terlepas sebuah rasa
digenggam telah tiada

kosong
cuba dirawat hati
meminta pada yang tak peduli
menangisi keinsanan yang simpati
bisakah terbalas budi
layak tidak tahu sendiri
tari takkan berhenti
selagi irama tak mati

kosong
ditenang semahu-mahu
hasilnya hanya keliru
di mana dia yang merindu
di mana mereka yang serba tahu
semuanya diam terkedu
semuanya telah bisu
usang ditutup debu

kosong
permainan masih berterusan
kalah menang bukan ketentuan
hanya meragut kebebasan
di mana jawapan
pada rembulan
pada pandangan
pada penyesalan

No comments: