sinar mencelah dari langsir
kipas di siling halus berdesir
ku tatap wajahnya lena
putih bersih tiada cela
dengkur nyenyak bagai didendang
lagu rasa indah yang panjang
sesekali bergerak anggotanya
selari mengiring mimpi indahnya
saat dia membuka mata
terpancar keikhlasan yang ku damba
senyum diukir jemari mengalir
sentuhan ghairah yang tak pernah mungkir
enak ditari atas ke bawah
tanpa sedetik rasa bersalah
dia tahu benar wataknya
muat mengisi pelbagai cerita
rasa diluah mesra
bertukar balasan yang tak perlu dipinta
badan tegapnya mula hangat
basah bermandi keringat
kencang jantung berdegup
kucup menyinggah sayup
indah bagai di alam abadi
ternyata bukan angkara mimpi
bertentang mata membaca jiwa
takkan letih takkan melupa
lama bercampur segala yang seni
takkan menggolak denyut di nadi
haruman menggoda sentiasa diingat
walau nanti tak lagi terikat
sentuhan pasti takkan sama
andai tiada lagi bersua
kipas di siling halus berdesir
ku tatap wajahnya lena
putih bersih tiada cela
dengkur nyenyak bagai didendang
lagu rasa indah yang panjang
sesekali bergerak anggotanya
selari mengiring mimpi indahnya
saat dia membuka mata
terpancar keikhlasan yang ku damba
senyum diukir jemari mengalir
sentuhan ghairah yang tak pernah mungkir
enak ditari atas ke bawah
tanpa sedetik rasa bersalah
dia tahu benar wataknya
muat mengisi pelbagai cerita
rasa diluah mesra
bertukar balasan yang tak perlu dipinta
badan tegapnya mula hangat
basah bermandi keringat
kencang jantung berdegup
kucup menyinggah sayup
indah bagai di alam abadi
ternyata bukan angkara mimpi
bertentang mata membaca jiwa
takkan letih takkan melupa
lama bercampur segala yang seni
takkan menggolak denyut di nadi
haruman menggoda sentiasa diingat
walau nanti tak lagi terikat
sentuhan pasti takkan sama
andai tiada lagi bersua
No comments:
Post a Comment