15.9.08

NILAI

sukar
takkan pernah mudah
mencabar
rintangan datang mencurah
sabar
sebab segala-gala
penawar
takkan didapat segera

nilai
dia, engkau, aku
andai
dia, engkau, yang lagi satu
fikir
dia, engkau, tutur dan dengar
akhir
mati semua ikhtiar

kalah
bukan cara mu
pasrah
kalau kata putus mu jitu
musnah
hapuskan segala keliru
padah
jika dia menolak mu

nilai
dia, engkau, tiada aku
andai
dia, engkau, atau yang lagi satu
fikir
jangan sampai masa terbuang
akhir
ku mahu kau berjuang

rasa
takkan pernah tenteram
cinta
mustahil akan padam
percaya
itu utama
yang di sana
maknanya kau tersia

nilai
dia harus telus
andai
kau dibawa arus
fikir
jangan diturut terus
akhir
semuanya terkambus

jawapan
engkau, dia
ketentuan
Dia di atas sana
kemaafan
jika kau pasrah
masa depan
hidup mu masih cerah

nilai
terpulang SIAPA yang SUKA bila mula dahulu
andai
engkau dan yang lagi satu
fikir
semuanya sudah matang
akhir
takkan ada hutang

No comments: