dalam melayan leka
teringat akan dia
segala kenangan terawang
mengisi segenap ruang
bait-bait kata masih kedengaran
angin membingkis perkhabaran
bahawa dia tenang dalam kerehatan
mengharga nyawa dalam kesyukuran
alunan irama merasuk
menyusup ke tulang rusuk
membangkit segala cita
merangsang segala rasa
mahu rasanya ku sambung lagi
tak rela irama terhenti
namun semua ada aturan
segala yang mula pasti berakhiran
lewat ke jendela
merenung luas dunia
fikir ku melayang
tak sedari berlalu siang
teringat akan dia
segala kenangan terawang
mengisi segenap ruang
bait-bait kata masih kedengaran
angin membingkis perkhabaran
bahawa dia tenang dalam kerehatan
mengharga nyawa dalam kesyukuran
alunan irama merasuk
menyusup ke tulang rusuk
membangkit segala cita
merangsang segala rasa
mahu rasanya ku sambung lagi
tak rela irama terhenti
namun semua ada aturan
segala yang mula pasti berakhiran
lewat ke jendela
merenung luas dunia
fikir ku melayang
tak sedari berlalu siang
No comments:
Post a Comment