subuh mengetuk pintu
terkuak naskhah diari mu
hari yang ditunggu
tiba awal tepati waktu
usah dihasut keliru
inilah harinya yang satu
penamat segala sayu
khatam segala pilu
termasuk diri ku
lihat di depan mu
tiada warna kelabu
cerah langit yang membiru
bertukar tangan subuh yang syahdu
riang kicau burung berlagu
iramanya lenyapkan resah mu
bebaskan dari kaku
lepaskan dari terbuku
usul pada bayu
tiupkan rasa cinta mu
senyumnya menguntum sejak dulu
sangsinya telah lama beradu
ia pergi tak berbau
bertelanjang dia berselimut baldu
usah terkedu
larilah ke arah itu
ke tempat jantung hati mu bersatu
renanglah lautan yang tak pernah lesu
pasti itu membantu
kalian lama tak bertemu
luahkan segala rindu
tanggalkan segala baju
rangkul tubuhnya semahu hati mu
kucup bibirnya jangan ragu
ku pasti dia juga mahu
bahasa tubuhnya bersetuju
melayan satu-satunya tamu
yang lama bertakhta di kalbu
lihat di depan mu
tiada aku di situ
punah dimakan nafsu
terkorban dihakis cemburu
terbunuh kerana celaru
terkuak naskhah diari mu
hari yang ditunggu
tiba awal tepati waktu
usah dihasut keliru
inilah harinya yang satu
penamat segala sayu
khatam segala pilu
termasuk diri ku
lihat di depan mu
tiada warna kelabu
cerah langit yang membiru
bertukar tangan subuh yang syahdu
riang kicau burung berlagu
iramanya lenyapkan resah mu
bebaskan dari kaku
lepaskan dari terbuku
usul pada bayu
tiupkan rasa cinta mu
senyumnya menguntum sejak dulu
sangsinya telah lama beradu
ia pergi tak berbau
bertelanjang dia berselimut baldu
usah terkedu
larilah ke arah itu
ke tempat jantung hati mu bersatu
renanglah lautan yang tak pernah lesu
pasti itu membantu
kalian lama tak bertemu
luahkan segala rindu
tanggalkan segala baju
rangkul tubuhnya semahu hati mu
kucup bibirnya jangan ragu
ku pasti dia juga mahu
bahasa tubuhnya bersetuju
melayan satu-satunya tamu
yang lama bertakhta di kalbu
lihat di depan mu
tiada aku di situ
punah dimakan nafsu
terkorban dihakis cemburu
terbunuh kerana celaru
No comments:
Post a Comment