21.9.08

PANDANG TERAKHIR

tatap wajah
tak pernah berubah
matanya masih basah
merah melayan resah
getap bibirnya mengarah
tak mahu berkongsi pahit kisah

hiba memandang
hidupnya berseorang
seksanya tak mahu pulang
kesalnya tak tertampung ruang
tuturnya tak terang
mencari maksud terhalang

harus bagaimana
menghulur bantu segala
takkan mahu dia membuka
apa mengancam rasa
simpan sendiri sahaja
melarat dikuasa lara

takkan tertahan
pilu jiwa bergenangan
akan sentiasa kesedihan
dia degil curahkan
yang terbuku disimpan
yang pahit telan sendirian

hendak ditinggal
khuatir dihurung kesal
takkan dapat dihafal
walau didedah awal
hayatnya mahal
jangan disinggah ajal

No comments: