21.9.08

SUNTUK

tak terkepung yang disasar
padahal besarnya wajar
tak terkejar yang dilancar
walau jaraknya sifar
tak terbeli yang dibayar
kenapa putiknya tak mekar
tak terima yang diajar
apa yang sebenarnya bertukar

waktu terlalu suntuk
apatah lagi digoda mengantuk
tak habis-habis merajuk
tak pula dipujuk
musykil apa yang merasuk
jadi malas sebegitu teruk
hendak saja dihempuk
diterajang direnyuk-renyuk

hendak berehat tak terluang masa
hendak mengerah gagal bicara
ditolak tarik hilang istimewa
dibiar tersadai diri derita
balas kata jadi senjata
tak nak kalah menjuang rasa
kenapa diturut yang tertinta
kalau benang boleh diganti guna

masa membilang hayatnya
sempatkah sejahtera semua manusia
payah membangun yang terleka
sukar mengejut yang teruja
susah menyedar yang megah bangga
terkorban tenaga demi yang tiada
hilang dibawa gembira
yang samar asal-usulnya

hidup tinggal sedikit
tak mustahil terhenti tanpa sakit
punah makna tanpa perit
sudah termaktub walau menjerit
takkan berganti yang sudah tersabit
kuno lakunya membeza kulit
tak tersedar dirinya perajurit
mencari arah mendayung rakit

percaya bolehkah terima
kasih bolehkah dipindah nama
keliru dapatkah diolah cerita
peneman hidup di hari tua
tersambung lagikah saudara
terentap kasar kerana cinta
larang dibantah bagai menguasa dunia
tetap juga kerdil di mana-mana

No comments: