21.9.08

SERATUS

seratus
nafas masih berhembus
urat belum putus
tulisan masih lurus
masih mampu merengus
niat kekal tulus
hasrat belum tertimbus
masih belum mampus

apa ada pada angka
yang menyimpan pelbagai makna
mengapa seratus dipuja
tiadakah yang lain juga setara
andai seribu dicita
sempatkah sampai ke sana
mampukah lagi berkarya
meluah suka duka

segala rasa tertumpah
putih atau merah
hitam kerap singgah
berkongsi segala kisah
walau tak terlihat marah
walau tenang tak tercurah
digarap penuh indah
menenang jiwa yang gundah

segalanya penzahir rasa
daripada memekak telinga
bukan membuka rahsia
yang disimpan selagi daya
hanya paparan mata
terpulang menilai barisnya
setiapnya ada cerita
kalaulah dapat diterang semua

biarlah seratus dahulu
asal tidak mengumpul debu
semoga pergi semua pilu
semoga hapus semua rindu
aku takkan jemu
meluah rasa dalam ku
kerna ku tahu ia mampu
mencair semua batu

No comments: