21.9.08

DALAM

berdehem tua memandang
bergema segenap ruang
rapatnya luar biasa
memang ada yang tak kena
gagal sembunyi sifat
terbongkar sebekas firasat
mana lagi mahu menutup
terbakar helaian terup

malu tersipu-sipu
pernahkah dia tahu
mungkin terlebih campur
rasa pedas lantas melecur
mana tak dihinggap lelah
beruang kempunan madu lebah
hempap jolok dalam-dalam
tak dapat rindu dendam

lalu pelbagai duka
entah di mana timbul cerita
mesra terlebih gula
pucuk ulam sama-sama
muntah segala isi
penawar banyak lagi
saksi akal sendiri
bilalah akan berhenti

No comments: