20.9.08

LAWAK

takkan habis ketawa
kala mendengar cerita
orang yang bodoh kerana cinta
tak dilayan masih meminta
tak pernah diikat jiwa meronta
tak pernah disayang menuntut segala

adakah dia buta
tak terpandang di depan dia
lelaki itu sudah dipunya
belahan jiwanya yang sama tara

tak bisakah dia berkata
bahawa dirinya setia
sanggup meriba derita
menunggu yang bukan miliknya

sudahkah dia hilang rasa
sudah dicerca sedemikian rupa
masih berkehendak yang takkan ada
bagai dirompak akal fikirnya

adakah dia pekak telinga
tak dengar tiada nada suka
menolak sampai bila-bila
kasih yang dicuriga

binasakah deria hidunya
tak tertangkap bauan berganda
angkuh dia menolak si hina
miskin berhutang denganNya

takkan habis cerita
kala leka ketawa
lawaknya kisah menghibur semua
yang melayan tanpa dipinta
yang diikat rontanya tiada
yang disayang tak minta apa

No comments: