16.9.08

BALAS

hairan
mengapa aku begitu telus
rasa diluah mengalir bak arus

bukan niat mahu menurun darjat
kadangkala ada yang nyata tersurat
tak perlu dibuat-buat
atas nama mengekal martabat

balas kata selalunya kecundang
malu sendiri bukan kepalang
baik diam memanjang
dari terus berperang

hairan
kenapa kata ku murah
mengapa terlalu mudah
membiar diri ku kalah

entah
bagaimana harus ku ubah
peribadi sudah lumrah
bukan sengaja menjatuh maruah
tapi terbeban masalah

diam
itu yang terbaik
tak perlu jatuh dakwat setitik
takkan gugur daun kalau tak dipetik
mungkin pelik
pasti akan terdetik
balas kata menimbul serik

No comments: