20.9.08

MATT

mulanya bual mesra
berbalas kata suka
berhubung sentiasa
dipanggil dan diutus berita
hari berlalu seperti biasa
tak semena dia mencuba
mengundang untuk bersua muka
aku setuju saja
tiada salahnya berjumpa
bukannya segera bercengkerama

tika melihat dia
terpancar berjuta rasa
wajahnya menyenangkan jiwa
binanya merangsang asmara
tuturnya selamba bersahaja
suaranya halwa telinga
sentuhannya menaikkan bulu roma
dirinya yang ku cinta
mulanya menggamit curiga
gusar di jiwa masih teraba

aku dan dia berbicara
berkongsi suka duka
aku tak mahu dia merana
begitu jua dia
aku jelaskan gundah melanda
yang tak bisa terzahir di mata
dia juga sama
tak mahu prasangka menerpa
lalu tercapai kata
asmara gaya terbuka

dia bebas memilih siapa
tak ku halang dia berjumpa
idaman hati jika suratan mengiya
aku juga pinta yang sama
tak guna mengekang rasa
jikalau tiada jodoh tertinta
cinta tetap cinta
sayang tetap bertakhta
cuma dipinta ruang bernyawa
menilai pilihan yang ada

dirinya mirip seseorang
yang jua ku amat sayang
sangka juga jikalau bayang
resah malam dan siang
mujur dia berterus-terang
siapa dia untuk menghalang
bukan kita yang merancang
dari Dia semuanya datang
jika harinya bertandang
ku bebaskan dia pulang

walau terpisah dek lautan
dia sentiasa di bayangan
khabar tetap berhantaran
suara jelas kedengaran
hati sentiasa bertautan
sayang dia tanpa sempadan
cinta ku untuknya bukan halangan
biar masa menentukan
sejauh mana perjalanan
semulia mana pengorbanan...

No comments: