25.9.08

UNTITLED X

ku berlari di sini
melihat kebaikan ku beredar pergi
tiada lagi simpati
tak siapa lagi peduli
semua menyendiri
khuatir dihampiri

ku teruskan perjalanan
menggalas beban berzaman
mentari mengurang terik sinaran
awan tiada di pandangan
tiada yang kedengaran
walau dari salur pernafasan

lupakan saja wujud ku
dikenang takkan bertemu
diingat takkan bersatu
dibayang takkan menghantu
tiada lagi yang perlu
tiada yang menggigit kuku

No comments: