babak demi babak dicuba
tak terbuah penghayatannya
tak kesampaian cerita
batin dilahir
tenaga terbazir
hanya paksa
untuk memuas sutradara
ramai yang tenggelam
dek watak yang mencengkam
tak mahu lepas
memagar bebas
degil
walau dicungkil
yang sabar hatinya tulus
niatnya jauh dari rakus
melepas watak mudah
caranya sujud di atas sejadah
nescaya akan aman
takkan dibayang kesuraman
terhindar dari kepalsuan
ada pula yang terserlah
tapi hatinya sentiasa resah
takut penghayatan punah
terbongkar segala rahsia
di balik tabir drama
yang bakal memakan empunya
sebelum sempat putus nyawa
pentas
pilih yang mana bisa digalas
tiada siapa perlu kertas
tak siapa perlu belas
cemas
puas
lepas
lemas
semoga membuah nikmat
jangan dibeban kesumat
tak terbuah penghayatannya
tak kesampaian cerita
batin dilahir
tenaga terbazir
hanya paksa
untuk memuas sutradara
ramai yang tenggelam
dek watak yang mencengkam
tak mahu lepas
memagar bebas
degil
walau dicungkil
yang sabar hatinya tulus
niatnya jauh dari rakus
melepas watak mudah
caranya sujud di atas sejadah
nescaya akan aman
takkan dibayang kesuraman
terhindar dari kepalsuan
ada pula yang terserlah
tapi hatinya sentiasa resah
takut penghayatan punah
terbongkar segala rahsia
di balik tabir drama
yang bakal memakan empunya
sebelum sempat putus nyawa
pentas
pilih yang mana bisa digalas
tiada siapa perlu kertas
tak siapa perlu belas
cemas
puas
lepas
lemas
semoga membuah nikmat
jangan dibeban kesumat
No comments:
Post a Comment