tak terjumpa simpang jalannya
di mana harus ku tanya
wajah asing senyum mencuka
bagai dirampas harta dunianya
bergerak ke sebelah sana
tiada pembayang jua
semuanya tampak sama
cuma sekitarnya berbeza
aku tak mahu kecundang
walau maut ku hantar pulang
mengapa sukar kau beri peluang
kalau tiada yang menghalang
gila aku kalau kau tolak
maruah bagai dihenyak
walau rumah mu tak pernah dijejak
bukan maknanya aku mengelak
kasih mu penentu hidup mati
seksa abadi atau damai hakiki
lama ku redah lembah keji
ingatan pada mu tak gerak seinci
apa kau mahu dari ku
jujur pada mu walau dipalu
membela mu walau dimalu
mengasihi mu walau ditembus peluru
mengapa diam saja
bagai ia gaya semasa
mulut mu berat memang tak kena
padahal jasad mu penuh cinta
tunjuklah petanda
nyatakan sebabnya
diam mu kerana apa
ada rantainya dengan percaya
apa untungnya semua
melainkan membuat ku sengsara
mungkin aku dihindar kasihnya
mengapa ku tak terima
tanya pada diri
apa hala tuju di bumi
jumpakah yang dicari-cari
atau tertimbus dalam iri
di mana harus ku tanya
wajah asing senyum mencuka
bagai dirampas harta dunianya
bergerak ke sebelah sana
tiada pembayang jua
semuanya tampak sama
cuma sekitarnya berbeza
aku tak mahu kecundang
walau maut ku hantar pulang
mengapa sukar kau beri peluang
kalau tiada yang menghalang
gila aku kalau kau tolak
maruah bagai dihenyak
walau rumah mu tak pernah dijejak
bukan maknanya aku mengelak
kasih mu penentu hidup mati
seksa abadi atau damai hakiki
lama ku redah lembah keji
ingatan pada mu tak gerak seinci
apa kau mahu dari ku
jujur pada mu walau dipalu
membela mu walau dimalu
mengasihi mu walau ditembus peluru
mengapa diam saja
bagai ia gaya semasa
mulut mu berat memang tak kena
padahal jasad mu penuh cinta
tunjuklah petanda
nyatakan sebabnya
diam mu kerana apa
ada rantainya dengan percaya
apa untungnya semua
melainkan membuat ku sengsara
mungkin aku dihindar kasihnya
mengapa ku tak terima
tanya pada diri
apa hala tuju di bumi
jumpakah yang dicari-cari
atau tertimbus dalam iri
No comments:
Post a Comment