20.9.08

JAHAT

lihat gerak sepatu
ke mana hendak dituju
tak terluang waktu
menenang yang perlu
menyaksi langit biru
dilukis angin bayu
cuba mengubah sayu
menolak kasar awan kelabu

pandang lagi ke atas
kepala diturun pantas
maksud tidak jelas
walau ringan tergalas
leka membongkar asas
peluang lama lepas
takkan dirayu belas
walau layar ditetas

bosan melayan dua
mahu berhidang segala
ikut semua pinta
turut semua cela
ku harap kekal sesatnya
takkan pulang ke syurga
mencari teraba-raba
turutlah lagi cintanya

musibah memukul badan
lara tak tertahan
dia mudah persoalkan
apa sebab berebutan
telah ku titip jawapan
takkan wujud pertimbangan
dua merpati jantan
moga dijauh keinsafanJAHAT

No comments: