kasar saja angin meniup kertas
rawak melayang ke langit lepas
tiada helaian yang bertulis
jauh tercemar dari coretan puitis
dakwat murah yang pernah menyinggah
nyata tak bisa pulang lagi ke rumah
mengapa hilang tak pula disoal
mengapa terbang tak pula dikawal
ditanya tiada guna
ditahan tiada makna
biarlah ia bebas
dari beban tak tergalas
ku lihat kertas itu jatuh
ingin diambil terlalu jauh
bukan malas
tetapi dah terlepas
merentas puluhan marhalah
mengira yang melayang takut salah
banyak gugur ke laut
cuma sehelai disambut
kertas bertukar tuan
dari sana sudah terpancar senyuman
dia dah jumpa impiannya
digenggam kuat pena di tangannya
dari kejauhan ku lihat lagi
tuan barunya tak duka hati
sudah tertunai hajat
kertas itu dipeluk erat
waspada khuatir renyuk
tak mahu pula ditunjuk-tunjuk
takut direbut orang
yang lama telah kecundang
nanti menjangkit malang
loya tekak ku sekarang
ku kembali ke tempat duduk ku
merenung lantai bumi kaku
apa yang bakal didapat
dihidang lagi tipu muslihat
nyata kertas itu bukan lagi milik ku
takkan dikenang dengan sendu
sudahlah siuman berkurang
takkan rela hayat dihalang
langkah ku atur rapi
kendera dah sedia menanti
patutlah kertas itu terbang
tutup kotaknya telah hilang
sang pemandu hanya diam
tak hirau nasib penumpang di dalam
butir pasir penuh di kaki
biar menyental dosa duniawi
jalan pulang dah tak jauh
harap tak diganggu musuh
meski ia rata
mereka datang takkan tinggal nota
ada menghendap di mana-mana
mata rabun dah tak kuasa
melindung badan pelaku dosa
yang takkan mencium bau syurga
turun dari kendera
membawa kotak bersama
takdir bukan kita mengawal
sudah berkumpul awan tebal
rintik hujan mula membasah
aku, pemandu, dan kertas lemah
walau laju berlari
kertas yang kering tiada lagi
semuanya hancur
tak guna tangis bercucur
rawak melayang ke langit lepas
tiada helaian yang bertulis
jauh tercemar dari coretan puitis
dakwat murah yang pernah menyinggah
nyata tak bisa pulang lagi ke rumah
mengapa hilang tak pula disoal
mengapa terbang tak pula dikawal
ditanya tiada guna
ditahan tiada makna
biarlah ia bebas
dari beban tak tergalas
ku lihat kertas itu jatuh
ingin diambil terlalu jauh
bukan malas
tetapi dah terlepas
merentas puluhan marhalah
mengira yang melayang takut salah
banyak gugur ke laut
cuma sehelai disambut
kertas bertukar tuan
dari sana sudah terpancar senyuman
dia dah jumpa impiannya
digenggam kuat pena di tangannya
dari kejauhan ku lihat lagi
tuan barunya tak duka hati
sudah tertunai hajat
kertas itu dipeluk erat
waspada khuatir renyuk
tak mahu pula ditunjuk-tunjuk
takut direbut orang
yang lama telah kecundang
nanti menjangkit malang
loya tekak ku sekarang
ku kembali ke tempat duduk ku
merenung lantai bumi kaku
apa yang bakal didapat
dihidang lagi tipu muslihat
nyata kertas itu bukan lagi milik ku
takkan dikenang dengan sendu
sudahlah siuman berkurang
takkan rela hayat dihalang
langkah ku atur rapi
kendera dah sedia menanti
patutlah kertas itu terbang
tutup kotaknya telah hilang
sang pemandu hanya diam
tak hirau nasib penumpang di dalam
butir pasir penuh di kaki
biar menyental dosa duniawi
jalan pulang dah tak jauh
harap tak diganggu musuh
meski ia rata
mereka datang takkan tinggal nota
ada menghendap di mana-mana
mata rabun dah tak kuasa
melindung badan pelaku dosa
yang takkan mencium bau syurga
turun dari kendera
membawa kotak bersama
takdir bukan kita mengawal
sudah berkumpul awan tebal
rintik hujan mula membasah
aku, pemandu, dan kertas lemah
walau laju berlari
kertas yang kering tiada lagi
semuanya hancur
tak guna tangis bercucur
No comments:
Post a Comment