Showing posts with label NOVEMBER 2007. Show all posts
Showing posts with label NOVEMBER 2007. Show all posts

25.11.08

TOLD YOU SO

betul atau salah
berdamai atau berbalah
retak serupakah rekah
tiada beza nyata
cuma kata direka
mewarna bosan bicara
tua sudah berpesan
jaga junjung bahagian
jangan biar berhamburan
kecil besar bukan soal
khianat setia bukan kebal
rasa terbukti anjal
sangsi itu lumrah
mendung atau cerah
mentari tak pernah pindah
hujan memikul makna
nikmat atau bencana
waspada kala meminta
hindar jauhkan langkah
masam madu lebah
asli dan palsu siapa kisah
murni kini tercemar
berangin bertukar pijar
menjelma garis samar
mengundur bukan pilihan
sembunyi bukan kesudahan
cabar hebat ketakutan
yakin harus dibunuh
walau asas kukuh
habis mati seluruh

TA

ta
sayu melihat
lenyap kelibat
merdeka dari penat

berat langkah
mustahil berarah
senja kian merah
pinta ku jangan rebah

ta
jangan diingat
manis janji firasat
tamat riwayat dahsyat

tak mungkin singgah
jauh kan menjengah
sunyi memecah
damai dibantah

ta
jangan lambat
masakan sempat
bicara tersekat

tak guna menyembah
salah amarah menyerah
dicari kisah
tuang tak tumpah

SOMETHING PERSONAL

setahun lalu
kala masih berhubungan
kala suaranya berharga bak berlian
senang mendengar
sering bertanya khabar
segalanya tak sukar

namun waktu berkuasa
cepat benar disambar kasar
rajuk terasa adu bertengkar
yang terdengar hanya diam
golak rasa dipendam
jernih wajah bertukar kusam

aku tak pernah lupa
janji tinggal janji
tinggal tak dipeduli
aku akur aku tersungkur
punah angan hancur lebur
walau sayang masih bersalur

saat pandang pertama
sebelum hilang daya
lepas segala-gala
dititip, dikirim
bulan bersua musim
terima seada hak mu

percayalah aku sayang
tak minta balas berjela panjang
makin diikat banyak rintang
walau dimiliki
walau digauli
aku milik aku

mungkin pertemuan ketiga
terhalang rencana Dia
ya, itu biasa
insan kesayangan
tiada suratan
terima kasih kerana mengundang

ORANG GILA DI PENGKALAN

mengalih pandang ke tebingan
sabar menunggu di pengkalan
belum bertahun, belum berbulan
menanti yang entah berkunjungan
walau tiada kepastian
hajatnya kesampaian

dia duduk sendiri
tiada siapa menemani
ramai cuba mendekati
pasti kan gagal memiliki
setia masih melindungi
menjauh goda dan berahi

ditanya dia diam
mengawal golak di dalam
takkan ketemu walau diselam
tak diserah walau dikecam
ingatan takkan terpadam
tiada siapa kan faham

tak siapa tahu apa dinanti
hanyut dia di dunia sepi
sakit pening siapa peduli
takkan itu pun perlu dimaklumi
jauh dia merenung hari
hampa, tiada bunyi

MUNGKIN BUKAN MENTARI, KAN?

apa ditatap pada laut
ombak memecah tiada menyahut
halus sapaan bayu
pantas menusuk sedingin salju
terbitkah, atau terus terbenam
tiada siapa merakam
ditanya pada bintang
bukan kernanya ia cemerlang
bulan terus bungkam
sinarnya bakal lagenda silam

mana pergi nyawanya
mana tempatnya disia
pantai terus sepi, sendiri
kemaruk bekas tapak kaki
lenyap berat ringan nafas
tak diabadi di atas kertas
dicari tak bersembunyi
tertunda perjalanan hari
entah apa punca mendorong
jangan kata kecaman kosong

jadi apa pencetus dendam
tunjang musnahnya titik faham
rasa teguh namun diragut
gerangan tak terlihat pada rambut
jelas dihidu harum cemburu
mungkin ragu yang ku tak tahu
bercampur kan kekal resamnya
dia hanya manusia biasa
adilnya tak pernah hilang
hanya dilindung bayang-bayang

cari kembali penghidup senyum
walau dirinya guruh berdentum
jangan biar rajuk berlarutan
di tangannya bertakhta keputusan
janakan ilham dalam diam
julang ada mu jangan selam
sedarlah setiap inci mu berharga
sebab dia serahkan cinta
terpandang gemilang di kejauhan
sudah pasti ia kan kemenangan

LET HIM WIN

tutup rapat pintu mu
humban aku ke penjuru
jelas tiada ruang menunggu
meluang masa yang tidak perlu
menilai bicara yang bukan baru
kerana ku tahu

tak sudi mendengar, baiklah
selesa dikawal rasa, baguslah
engkau betul, aku salah
engkau menang, aku beralah
hanya kerana aku kisah
hanya kerana aku endah

engkau pernah mengamar
jalan kita akan sukar
melayan mu ku perlu sabar
detik hati ku mungkin sebentar
tersembunyi dari ku apa yang benar
kini jelas terbit calar

ini bukan pengakuan
ya, percaya telah keciciran
persahabatan jadi pertaruhan
diam jadi peneman
takkan keluar satu perkataan
dengan harapan dia kan aman

terlalu lambat menyesali
hanya kerana aku peduli
membiar dikuasa mimpi
mengangan yang terlalu tinggi
tersasar yang ku kehendaki
peluang hanya sekali

malas sudah gilakan kuasa
kata akhir milik mu jua
simpan diri ku kalau berharga
simpan budi mu jika aku hina
mustahil engkau lupa
engkau ada segalanya

tiada guna mengambil berat
hidup kan selamanya tak berkat
takkan terbanding hebat
dusta belaka tak pandang darjat
terlerai tali mengikat
luka khianat takkan terubat

I'M OUT

tengah
sebab melengah
fasih membantah
telaga rahsia pecah
rahsia apa
bukankah fakta
jika iya
berdagang kata
keluh
larikan cahaya suluh
budi baik dibunuh
dikuasa angkuh
diam
jangan sambut salam
jangan disayang siang malam
menceroboh takhta semayam
berhenti
jangan kisah lagi
selamanya dilupai
kekal sukar dimengerti

ENOUGH - BECAUSE I TOLD YOU SO!

bukan maksud mempamer kurnia
kata dikalam membenar rasa
segala lincir dikawal kepala
rendah ditinta di helaian biasa
mungkin terkunci niat bicara
khuatir kelak mengundang bencana
diam aku seribu makna
luangkan masa andai membaca

kata mereka aku bagus
ku balas ikhlas dengan rengus
jikalau kerana beberapa gugus
aku lebih rela pupus
diterbang jauh angin berhembus
di sebalik tabir dilindung kabus
kemasyhuran aku tak rakus
hanya kebenaran yang benar tulus

tak pernah sesaat merendah diri
aku bangsawan penuh iri
TIDAK ku simpul mati
jawapan tetap takkan berganti
ada lagi yang maha tinggi
taatkan Dia mulia pekerti
penanya tak henti menari
luah rasanya aku rindui

ku rasa ini detiknya
jangan menidak yang diiya
aku bukan sebagus mana
memang berpijak di bumi nyata
siapa kan membaca tragedi duka
siapa kan membazir masa
sayangkan aku bukan selamanya
akhir aku dilupa jua

BROTHERS AND SISTERS

digadai dunia tak dipinta
digadai jua takkan sama
tumpah budi tadah seada
setitis mampu padamkan neraka

tak pernah diseru
setia menghulur waktu
walau tiada di sisi ku
bayang peneman itu ku perlu

dacing penimbang putus rantai
selagi jasad belum berkecai
lelah menghitung takkan sampai
memulang jasa harap tercapai

mula kita begitu asing
dipinjam masa ikatan mengiring
pelihara tepi jangan sumbing
isi jangan melimpah piring

rasa bertukar iya membantah
hasut yang murka matikan arah
bongkak menguasa dinafi salah
kalian sabar tak endah kisah

patah kalam panjang berjela
penuh disurat tak kenal muka
entah bila harinya tiba
langsai keikhlasan dibayar semula

kecil besar aku terima
murah mahal bukan tak suka
ingatan sudah cukup bermakna
walau sentiasa jauh di mata

walau ku tiada takkan lenyap
tetap terang walau bergelap
kalian laksana sayap
mengemudi walau sekejap

BILA

kan jumpa lagi
ke mana kan lari
rasa tetap di sini
di hati

yang panjang kan singkat
yang jauh pasti dekat
detik itu didakap erat
dilepas takkan dapat

merindu itu lumrah
percaya pastikan cerah
ruang itu takkan pindah
kala mahu mengarah

sabar, diam, lepaskan
faham rasa jangan selindungkan
gelap erti suluhkan
dia kan ada di hujung garisan