12.10.08

TAKKAN SAMA

semua tak sama
takkan pernah sama
nafasnya segar menyapa
gerak jemarinya melemas asmara

semua tak sama
takkan pernah sama
tak berani menduga
lancar gerak langkahnya

semua tak sama
takkan pernah sama
sentuhannya membuka mata
terkuak sejuta indera

semua tak sama
takkan pernah sama
kucupnya mesra
tenggelam dalam arus rasa

semua tak sama
takkan pernah sama
dahagakan dakapannya
walau baru bersua

semua tak sama
takkan pernah sama
dia yang ku percaya
memusnah akal yang curiga

No comments: