jarang bertukar warna
jika ada sesekali cuma
pernah ada taman di depan
sarat ditanam pelbagai tumbuhan
semuanya tinggi merimbun
tetapi kemas tersusun
dua tingkat tingginya
memayungi sepuluh kepala
asal pintunya di tengah
dua dekad baru berubah
tingkapnya kekal sama
laman di depan sudah dirata
balai tetamu luas membuka
sepertiganya kamar tetapi dah tiada
warna dinding jarang ditukar
janji ruang nampak besar
tengah rumah asalnya bilik
paling besar latar menarik
kini menjadi ruang santapan
tempat syura semua hidangan
dapurnya mengambil tempat
bilik mandi berjubin biru berkilat
dapur lama bertukar wajah
menjadi kamar pembantu rumah
laman belakang juga dirata
bilik mandi di situ terbina
tinggi melangit si pohon mempelam
hanya akarnya kini tersergam
kini laman sisi yang tinggal
tanah persemadian kucing-kucing yang meninggal
sengaja dibiar menghijau rumah
kala pesta didirikan khemah
aras bawah dirubah wajah
aras atas tak pernah berubah
dua bilik kekal di situ
salah satunya menjadi milik ku
kamar di sebelah kan dihias indah
kala ada saudara ku yang bernikah
tingkat atas berlantai kayu
penuh nostalgia merentas waktu
rumah lama takkan dilupa
tempat hidup mati di dunia
tiga dekad berdiri kukuh
takkan ku rela ia diruntuh
tiga kematian, tiga perkahwinan
biarlah ia sarat dengan kenangan
walau tak setara pangkat pertuanan
aku hidup penuh kesederhanaan
satu dua dua empat
takkan rela beralih tempat
walau ada rumah yang baru
di sini jua tempat ku
perlahan ia akan kosong
lumrah hidup aku tak bohong
pusaka tinggalan ayahanda
hasil penat lelahnya bekerja
jika ada sesekali cuma
pernah ada taman di depan
sarat ditanam pelbagai tumbuhan
semuanya tinggi merimbun
tetapi kemas tersusun
dua tingkat tingginya
memayungi sepuluh kepala
asal pintunya di tengah
dua dekad baru berubah
tingkapnya kekal sama
laman di depan sudah dirata
balai tetamu luas membuka
sepertiganya kamar tetapi dah tiada
warna dinding jarang ditukar
janji ruang nampak besar
tengah rumah asalnya bilik
paling besar latar menarik
kini menjadi ruang santapan
tempat syura semua hidangan
dapurnya mengambil tempat
bilik mandi berjubin biru berkilat
dapur lama bertukar wajah
menjadi kamar pembantu rumah
laman belakang juga dirata
bilik mandi di situ terbina
tinggi melangit si pohon mempelam
hanya akarnya kini tersergam
kini laman sisi yang tinggal
tanah persemadian kucing-kucing yang meninggal
sengaja dibiar menghijau rumah
kala pesta didirikan khemah
aras bawah dirubah wajah
aras atas tak pernah berubah
dua bilik kekal di situ
salah satunya menjadi milik ku
kamar di sebelah kan dihias indah
kala ada saudara ku yang bernikah
tingkat atas berlantai kayu
penuh nostalgia merentas waktu
rumah lama takkan dilupa
tempat hidup mati di dunia
tiga dekad berdiri kukuh
takkan ku rela ia diruntuh
tiga kematian, tiga perkahwinan
biarlah ia sarat dengan kenangan
walau tak setara pangkat pertuanan
aku hidup penuh kesederhanaan
satu dua dua empat
takkan rela beralih tempat
walau ada rumah yang baru
di sini jua tempat ku
perlahan ia akan kosong
lumrah hidup aku tak bohong
pusaka tinggalan ayahanda
hasil penat lelahnya bekerja
No comments:
Post a Comment