12.10.08

PERLUKAH KASAR

wahai teman
kawal amarah mu
salahkah dia rindu
sabar dia mengira waktu
teruja dia hendak bertemu
cinta hatinya yang satu

wahai teman
apa didapat tak pasti selamat
bila jiwa sudah terikat
bila utama berselisih tingkat
mungkin tak lagi larat
ditikam rotan berkerat

wahai teman
rajuknya ada makna
pernahkah dia memaksa
menghasut mengerja dosa
aku tahu diri mu rela
aku yakin dia juga

wahai teman
berdiam itu rahmat
muhasabah itu berkat
kembalikan asmara yang tersejat
berpada-pada mengelak sebat
semoga luka terubat

wahai teman
bukan maksud ku mencampur
bait kata ini jujur
laku ku mungkin terlanjur
silalah kalau mahu diukur
tak salah ku menegur

No comments: