mereka berbisik
semacam ada mistik
padahal yang jadi
bukan riwayat sufi
entah apa kehendak
melontar soalan rawak
jawabnya ringkas
tak tinggal bekas
apa yang pelik
semua hendak dikritik
salahkah akrab
perlukah bersebab
segala rasa
bukan empunya mereka
pecahkan sampai bosan
takkan jumpa perolehan
segala perlakuan
disoal berpanjangan
sanggup mengatur mesyuarat
geram jari dikerat
selepas itu apa
penat menyebar berita
pulangkah modal air liur
atau dibuai takbur
takkan mahu berhenti
selagi tak jumpa yang dicari
orang lain sudah melupa
hanya mereka yang tak jaga
entah apa mendorong
mampukah menerang lorong
biar mereka mengharap
menanti penuh lahap
semacam ada mistik
padahal yang jadi
bukan riwayat sufi
entah apa kehendak
melontar soalan rawak
jawabnya ringkas
tak tinggal bekas
apa yang pelik
semua hendak dikritik
salahkah akrab
perlukah bersebab
segala rasa
bukan empunya mereka
pecahkan sampai bosan
takkan jumpa perolehan
segala perlakuan
disoal berpanjangan
sanggup mengatur mesyuarat
geram jari dikerat
selepas itu apa
penat menyebar berita
pulangkah modal air liur
atau dibuai takbur
takkan mahu berhenti
selagi tak jumpa yang dicari
orang lain sudah melupa
hanya mereka yang tak jaga
entah apa mendorong
mampukah menerang lorong
biar mereka mengharap
menanti penuh lahap
No comments:
Post a Comment